November 1, 2014

Tanda Kelahiran Palsu

Kadangkala tanpa disedari, tanda sakit yang datang mungkin hanya tanda kelahiran palsu. Contohnya apabila merasakan kontraksi pada rahim, perut yang terasa kejang (crammed) dan memulas sedangkan kesakitan itu lemah dan kekerapan rasa sakit juga tidak teratur.

Sebaik-baiknya, jika tidak keberatan, pergi sahaja ke hospital sekiranya berasa sebarang tanda hendak bersalin. Namun, jika perkara yang sama (tanda kelahiran plasu) kerap berulang maka elok untuk anda kenali ciri-ciri tanda kelahiran palsu ini.

Semakin hampir waktu bersalin, lazimnya semakin mudah atau kerap berlakunya tanda-tanda sedemikian. Kebiasaannya ia akan dialami pada bulan terakhir (bulan ke-9) kehamilan dan boleh dialami beberapa kali.

tanda kelahiran palsu

Ciri-ciri tanda palsu kelahiran adalah seperti berikut:-

  • Kekerapan rasa sakit, tetapi dalam tempoh waktu yang tidak teratur.
  • Kontraksi yang pendek dan lemah. Adakalanya apabila anda berjalan atau duduk, ia akan segera hilang.
  • Semakin lama, rasa sakit akan berkurangan, malah akhirnya tidak lagi terasa.
  • Kesakitan tidak berpengaruh pada pembukaan mulut rahim.
  • Tidak menyebabkan rasa ngilu atau sakit pada bahagian bawah perut dan sekitar pangkal paha.

Disarankan, apabila berlakunya kontraksi, catatkan kekerapan kesakitan tersebut agar mudah untuk anda kenali samada ia sekadar tanda palsu atau tanda kelahiran yang sebenar.

tips dan panduan kehamilan:

tanda bersalin semakin hampir . hamil 9 bulan tanda melahirkan . tanda-tanda kontraksi palsu . tanda bersalin . tanda kontraksi palsu .

Speak Your Mind

*