August 30, 2014

Sakit Pinggang Ketika Mengandung

Sakit pinggang ketika mengandung adalah gejala yang sering dialami oleh para ibu, terutama pada peringkat awal kehamilan dan apabila kandungan semakin sarat. Ia seringkali mengganggu kelancaran aktiviti seharian dan menimbulkan ketidakselesaan.

Hakikatnya, tiada ubat khas untuk mengatasi masalah sakit pinggang ketika mengandung melainkan kaedah pergerakan dan posisi tubuh yang betul bagi mengurangkan kesannya.

Berikut dikongsikan beberapa tips dan panduan untuk membantu mengatasi masalah sakit pinggang dan sakit belakang tersebut:

  • Sekiranya keadaan memerlukan anda memungut atau mengambil sesuatu barang di lantai, pastikan hamil sakit pinggangpergerakan¬†dan postur tubuh dalam kedudukan yang betul. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai, sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang dalam posisi yang lurus. Seboleh-bolehnya jangan cuba mengangkat barang yang terlalu berat.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Apabila duduk, pastikan sentiasa dalam posisi yang betul. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung. Disarankan juga untuk meletakkan bantal kecil bertujuan menyokong bahagian belakang.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang ‘simple’ dan rata.
  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Minta tolong suami untuk mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk membantu melegakan kesakitan.
  • Awasi pertambahan berat badan anda. Pertambahan berat yang berlebihan dari sepatutnya menjadi antara punca mengapa mudah sakit belakang. Dapatkan nasihat doktor mengenai diet dan panduan pemakanan yang sesuai dengan perkembangan kehamilan.
  • Cuba amalkan senaman khas untuk ibu mengandung yang baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di belakang dan pinggang.

tips dan panduan kehamilan:

sakit pinggang di awal kehamilan . sakit pinggang tanda hamil . sakit pinggang tanda awal mengandung . sakit pinggang ketika hamil . lenguh pinggang .

Speak Your Mind

*