September 24, 2014

Makanan Untuk Ibu Hamil

Pemakanan untuk ibu hamil ketika mengandung adalah perkara yang paling penting untuk di tekankan. Selain untuk kesihatan ibu, ia juga penting bagi tumbesaran janin yang dikandung.

Jika sebelum ini kurang menitikberatkan jenis makanan yang diambil tetapi setelah disahkan hamil oleh doktor,  perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah pengambilan makanan untuk diet seimbang setiap hari. Berikut disenaraikan pilihan makanan berkhasiat yang sesuai untuk menu harian ibu hamil:-

Avocado

Buah avocado kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6, vitamin C dan kalium yang penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Ia juga baik untuk melancarkan saluran pencernaan ibu hamil dan mengelakkan daripada sembelit.  Selain boleh dimakan begitu sahaja, ia juga sedap dijadikan jus minuman untuk sarapan pagi.

Brokoli

Sayur brokoli kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kaya dengan kandungan kalsium. Pengambilan sayuran hijau ini dengan kerap dapat membantu sistem imun badan dan kekuatan tulang yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

Kekacang

Kekacang mengandungi banyak kandungan mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium. Sumber kekacang yang baik ini dapat membantu ibu hamil mengelak daripada kekejangan anggota badan.

Kurma dan Madu

Makanan berasaskan sunnah Rasulullah SAW ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi untuk memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ia dapat melancarkan perjalanan darah dan memberi kebaikan kepada tumbesaran minda bayi di dalam kandungan.

Lobak merah

Lobak merah kaya dengan vitamin A yang dapat membantu pertumbuhan mata, tulang dan gigi yang sihat kepada bayi di dalam kandungan. Lobak merah bukan sahaja boleh dimakan mentah, malah boleh dibuat jus atau dijadikan sup lobak merah yang pastinya digemari oleh ibu hamil.

Telur

Telur kaya dengan pelbagai jenis khasiat seperti vitamin, mineral dan choline. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline. Choline adalah salah satu nutrisi penting untuk ibu hamil sebagai pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi. Malah, ia juga memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Ikan salmon

Ikan salmon bukan sahaja dipenuhi dengan protein berkualiti tinggi, bahkan mempunyai sumber omega-3 yang tinggi. Omega-3 adalah lemak penting yang diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel otak dan kecerdasan bayi.

makanan ibu hamil

Justeru, untuk memastikan kandungan membesar dengan sihat, elakkan daripada makan makanan segera ataupun makanan yang terlalu pedas dan masam.

Seeloknya, banyakkan minum air zam-zam untuk memberi kebaikkan keseluruhan kepada kandungan secara jasmani dan rohani.

tips dan panduan kehamilan:

makanan untuk ibu mengandung . makanan ibu mengandung . pemakanan ibu mengandung . makanan untuk ibu hamil . makanan berkhasiat untuk ibu mengandung .

Speak Your Mind

*