November 23, 2014

Alahan Ketika Mengandung

Alahan ketika mengandung atau morning sickness adalah perkara yang lumrah bagi kebanyakan ibu mengandung dalam fasa trimester pertama kehamilan. Gejala-gejala alahan yang biasa dialami termasuklah rasa mual, loya, pening dan muntah-muntah.

Sebagai panduan, dikongsikan di sini beberapa tips yang dapat membantu mengatasi masalah alahan ketika mengandung buat pedoman terutama bagi ibu-ibu yang baru pertama kali hamil:

Panduan Mengatasi Alahan Ketika Mengandung

1.   Amalkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Pengambilan makanan dengan banyak lazimnya antara punca mudah merasa mual atau membangkitkan perasaan hendak muntah yang jika tidak dikawal akhirnya benar-benar muntah dan seterusnya menyebabkan ibu keletihan.

2.   Elakkan memakan makanan berlemak, pedas dan berminyak kerana makanan sebegini boleh menyumbang kepada gejala alahan.

3.   Makan karbohidrat seperti roti dan kentang bagi membantu mengatasi rasa mual. Selain itu, disarankan untuk makan buah epal kerana ia dikatakan dapat membantu menghilangkan rasa mual. Epal boleh juga diambil dalam bentuk jus dan dicampur dengan sedikit madu.

4.   Amalkan minum banyak air, lebih-lebih lagi sekiranya sering muntah-muntah. Air putih adalah bagus, begitu juga dengan jus buah-buahan. Seeloknya elak mengambil minuman berkarbonat dan kurangkan pengambilan kafein.

5.   Setiap kali bangun dari tidur, jangan terus bangun dengan mendadak atau secara tiba-tiba. Bangun secara perlahan-lahan. Bangkit dan duduk sebentar di atas katil buat beberapa ketika agar kepala dan badan dapat distabilkan terlebih dahulu sebelum bangun dan berdiri.

6.   Cuba pakai baju yang lebih longgar bagi membantu mengurangkan rasa mual.

7.   Kurangkan tempoh menatap skrin komputer secara berterusan. Cuba amalkan untuk berehat seketika dengan mengalihkan pandangan ke tempat lain setiap 15-20 minit sekali bagi merehatkan mata dan minda.

8.   Jika masih terasa mual atau kerap merasa ingin muntah, cuba amalkan minum air halia. Amalan minum air halia adalah antara petua amalan tradisional yang diakui mampu mengatasi rasa mual.

9.   Sekiranya masih merasa loya dan mengalami  muntah yang kerap dan berterusan sehingga tidak boleh makan, segeralah berjumpa dengan doktor. Setelah diperiksa dan dirasakan sesuai, doktor mungkin akan memberi ubat tahan muntah yang mungkin dapat membantu.

alahan ketika hamil

tips dan panduan kehamilan:

alahan semasa mengandung . air liur banyak ketika mengandung . air liur banyak semasa mengandung . air liur banyak ketika hamil . cara hilangkan air liur ketika mengandung .

Speak Your Mind

*