November 24, 2014

Air Liur Berlebihan Pada Ibu Hamil

Pernahkah anda secara tiba-tiba terasa mahu meludah dengan kerap? Pakar perubatan sendiri tidak dapat mengenal pasti mengapa sesetengah bakal ibu menghasilkan air liur berlebihan semasa hamil. Namun, perubahan hormon dan rasa loya turut dikaitkan dengan keadaan ini.

Kerap meludah ekoran pengeluaran air liur yang berlebihan ini dikenali sebagai ptyalism atau sialorrhea dan ia menyebabkan rasa tidak selesa kepada bakal ibu. Walau bagaimanapun, ia dikatakan tidak menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan.

air liur berlebihan

Dalam keadaan biasa, kelenjar air liur menghasilkan satu setengah kuart air liur sehari. Tetapi disebabkan proses menelan (air liur) berlaku dengan kerap, kita biasanya tidak menyedari air liur yang ada di dalam mulut.

Tetapi semasa mengandung, ibu hamil biasanya akan menyedari yang terdapat banyak air liur terkumpul di dalam mulut. Ia mungkin terjadi kerana penghasilan air liur yang lebih banyak daripada biasa atau kerana kurang menelan air liur (disebabkan rasa loya dan sebagainya) atau kerana kedua-duanya.

tips dan panduan kehamilan:

air liur banyak . air liur berlebihan . air liur banyak semasa hamil . kerap meludah ketika hamil . mengandung air liur terkumpul .

Speak Your Mind

*